OBJEKTIF PEMBELAJARAN
-
Melaksana sistem pendidikan berteraskan ilmu nakli dan ilmu akli yang berpaksikan tauhid secara sistematik dan berkesan.
-
Melahirkan graduan yang seimbang berdasarkan pendidikan berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
-
Melahirkan golongan intelektual dan professional Islam yang menyumbang kepada guna tenaga negara.
-
Melahirkan graduan berakhlak, berkemahiran dan kompeten dalam menghadapi cabaran semasa.
HASIL PEMBELAJARAN
-
Menyediakan graduan yang memahami prinsip islam dan bidang ilmu berkaitan yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah.
-
Membina kemahiran, mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu kontemporari berkaitan pengajian peradaban islam melalui latihan bersepadu sejajar dengan perkembangan ilmu dan teknologi semasa.
-
Membangunkan potensi daie, ulama dan umara yang berkemampuan tinggi dan berintegriti dalam bidang pengajian islam, pengurusan, pentadbiran, perhidmatan, pendidikan, komunikasi dan multimedia selari dengan perkembangan semasa.
-
Memantapkan pembentukan sahsiah melalui proses pembelajaran, aktiviti kokurikulum, program kemasyarakatan dan mewujudkan bi’ah solehah.
-
Menjana kepakaran dan kesarjanaan untuk rujukan masyarakat dalam pelbagai bidang peradaban islam serta isu semasa.